Thursday, July 18, 2013

lepas TAMBANG BAS, harga ayam, tarif letrik yg terkini TEKSI

SENYUM JER LAAAA BROOO!! 

baru semalam dikejutkan dgn kenyataan yang tarif letrik akan naik, ari ni nak "KAJI" tambang teksi!!! kalo di sebutnya KAJI, maksud nya NAIK ler. Dah lima ploh taun dok bawah UMNOBN, tak paham2 lagi ker? kalo tak paham pi dok uganda.  


FUUUUUUUUUUUUU!!!!!! bikin panas. sib baik aku pose...sabar..sabar. 


nampaknyer tak der titik noktah atas 'keganasan' ini. satu demi satu KENAIKAN HARGA akan terus berlaku selagi rejim yg bertanggungjawab masih berkuasa. 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD sedang mengkaji untuk menaikkan kadar tambang teksi dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu dilakukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan  mutu perkhidmatan teksi.

Jelasnya kajian dibuat setelah mengambil kira kos yang ditanggung pemandu teksi berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Saya difahamkan SPAD sedang menyemak kadar tambang teksi setelah mengambil kira peningkatan operasi harian" katanya selepas memberikan lesen individu kepada 500 pemandu teksi dan merasmikan Ibu Pejabat baru SPAD di Platinum Sentral di ibu Negara.

Tambahnya kerajaan sentiasa prihatin dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Sementara itu Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang itu turut mengambil kira pandangan orang ramai.

"Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara memberi servis yang baik dan membayar bagi perkhidmatan yang baik . Tiada jalan pintas dalam perkara ini dan kita pun kena prihatin terhadap kebajikan pemandu teksi juga,” katanya.

Jelas Syed Hamid semakan kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan hujung tahun ini.

Kali terakhir semakan dibuat adalah pada tahun 2009.

Kadar tambang teksi semasa adalah RM 3 dengan caj tambahan sebanyak RM 0.10 dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.


kalo bas teksi mahal jalan kaki, kalo ayam mahal makan ubi kayu, kalo letrik mahal pasang pelita kalo xpueh ati laie sila pindah dok uganda LOL




No comments:

Post a Comment