Thursday, July 25, 2013

WORST CRASH OF THE DECADE | PELANGGARAN PALING DAHSYAT DEKAD INI



CCTV footage ini menunjukkan bagaimana keretapi laju di sepanyol terkeluar dari landasan, melanggar tembok sebelum terbabas dan melanggar CCTV yg merakam kejadian ini. 


Sekurang-kurangnya 78 orang telah disahkan mati. 




Sekarang...rewind dan perhatikan minit 0.13, gerabak ke 2-3.

"sesuatu" telah berlaku didalam gerabak itu dan  menyebab kan gerabak  melonjak da lari dari landasan.

Takutnyer. ape ekk? misteri yg tak terjawab lagi.


sangat dahsyat ok...sampai sebuah gerabak nyer tercampak ke atas jalan.


cuba bayangkan kita sedang berada di dalam gerabak tu.. tgh sedap2 tido...memang takde chance langsung ok untuk selamatkan diri.

SEDIH





Saturday, July 20, 2013

shisha haram, bukan aku cakap..tapi majlis fatwa yg cakap.

LOL!!!!!!!!!!!!!!!!! KEGILAAN APAKAH INI?????
*gelak guling2 atas lantai*

yeaaa, dh kuar 'fatwa' dah mengenai shisha..
HARAM yer uolzzz, HARAMMMMMM

hihihihihihihihi
kes tak dapat dan susah nak kenakan cukai lettewwwwww......
kahkahkahkah, memang che-la-khe






KUALA LUMPUR - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.
   
Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lepas, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam kenyataan hari ini.
   
"Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha...maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram," katanya.
   
Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Muzakarah khas itu, katanya, mendapati semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif yang dilakukan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa berjaya membuktikan shisha memberi kesan amat berbahaya dan penularannya amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja dan wanita.
   
"Dalam hal ini, muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah Fiqhiyyah," kata Abdul Shukor.
   
Ini, katanya, bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara seperti mana tuntutan syarak.
   
"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam," katanya.
   
Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu juga kecewa terhadap perlakuan pihak-pihak yang sengaja menimbulkan isu bagi mencetuskan kemarahan umat Islam, sekali gus menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

"Muzakarah khas berpandangan siri-siri penghinaan yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab ini semacam sudah dirancang dan sengaja dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang amat mulia bagi umat Islam," katanya.
   
Menurutnya, perbuatan yang dilakukan golongan itu telah melampaui batas kesabaran umat Islam.
   
"Dengan pelbagai penghinaan yang dilakukan sebelum ini, kita tidak mahu lagi kata-kata atau perlakuan biadap dan tidak bertamadun oleh rakyat Malaysia atau mana-mana warga asing dipandang sebelah mata tanpa diambil tindakan tegas dan hukuman maksimum mengikut undang-undang sedia ada," katanya.
   
Abdul Shukor menekankan tindakan tegas dengan kadar segera perlu dilaksanakan pihak berkuasa supaya perbuatan menghina Islam tidak terus berulang selain menjadi pengajaran buat semua.
   
Beliau menarik perhatian perbuatan menghina dan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan kemudian memohon maaf sudah menjadi mainan pihak-pihak berkaitan, dan ini tidak harus dibiarkan berlaku.
   
Justeru, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu menggesa umat Islam supaya bersatu dalam menghadapi niat jahat pihak-pihak yang biadap itu demi mempertahankan kesucian agama dan maruah umat Islam di negara ini.  - Bernama

ROKOK yg terang lagi bersuluh mmg membahayakan
 aper cerrrrr??!! heheeheh

by d way, pedulikkan. esok aku nk gi kena shisha skali berbuka kat kedai mamak area sri damansara.
 jommmmmmmmmmm

khas buat UMNO BN.





Pampers budak ngan UMNO BN harus selalu ditukar, kedua nya atas sebab yang sama.
KOTOR :)




TEEHEEEE

Friday, July 19, 2013

BOT DI BUAT DARI BOTOL PLASTIK. berani naik??



alang2 tambang bas ngan teksi naik nehhh...dan aku pon konfiden kenaikan petrol akan menyusul tak lama lagi. elok lah kita fikirkan alternatif selain daripada naik kete, bas atau teksi. 

Gugel menggugel...aku terjumpa natang ni  dan  aku rasa idea ni ganas aaaarrrr 




AMACAM? korang yg  tinggal kat area yg menggunakan sungai sbgai pngangkutan utama boleh konsider ni sebagai alternatif. kihkihkih. JIMAT,lihat sekeliling... bahan pembuatan ade disekitar anda. 


Akhir kata...MESIA MAJU MENUJU DOPLOH DOPLOH. 
Selamat mencuba!! 

CUBAAN BANGKITKAN KES LIWAT 2

CUBAAN BANGKITKAN KES FITNAH 2 SAIFUL BUKHARI TERHADAP DSAI.

PERBICARAAN BERMULA PADA ISNIN 22 JULAI 2013 JAM 8 PAGI DI MAHKAMAH RAYUAN PUTRAJAYA.

HADIR BERAMAI - RAMAI  BERI SOKONGAN DAN SEBARKAN!!!



                                                  PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT


TEEE HEEEEEEEEE!! 


Thursday, July 18, 2013

lepas TAMBANG BAS, harga ayam, tarif letrik yg terkini TEKSI

SENYUM JER LAAAA BROOO!! 

baru semalam dikejutkan dgn kenyataan yang tarif letrik akan naik, ari ni nak "KAJI" tambang teksi!!! kalo di sebutnya KAJI, maksud nya NAIK ler. Dah lima ploh taun dok bawah UMNOBN, tak paham2 lagi ker? kalo tak paham pi dok uganda.  


FUUUUUUUUUUUUU!!!!!! bikin panas. sib baik aku pose...sabar..sabar. 


nampaknyer tak der titik noktah atas 'keganasan' ini. satu demi satu KENAIKAN HARGA akan terus berlaku selagi rejim yg bertanggungjawab masih berkuasa. 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, SPAD sedang mengkaji untuk menaikkan kadar tambang teksi dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu dilakukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup pemandu teksi dan  mutu perkhidmatan teksi.

Jelasnya kajian dibuat setelah mengambil kira kos yang ditanggung pemandu teksi berikutan peningkatan kos sara hidup.

"Saya difahamkan SPAD sedang menyemak kadar tambang teksi setelah mengambil kira peningkatan operasi harian" katanya selepas memberikan lesen individu kepada 500 pemandu teksi dan merasmikan Ibu Pejabat baru SPAD di Platinum Sentral di ibu Negara.

Tambahnya kerajaan sentiasa prihatin dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam.

Sementara itu Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kenaikan tambang itu turut mengambil kira pandangan orang ramai.

"Kami ingin mewujudkan keseimbangan antara memberi servis yang baik dan membayar bagi perkhidmatan yang baik . Tiada jalan pintas dalam perkara ini dan kita pun kena prihatin terhadap kebajikan pemandu teksi juga,” katanya.

Jelas Syed Hamid semakan kini berada di peringkat akhir dan akan dibentangkan hujung tahun ini.

Kali terakhir semakan dibuat adalah pada tahun 2009.

Kadar tambang teksi semasa adalah RM 3 dengan caj tambahan sebanyak RM 0.10 dikenakan pada setiap 100 meter berikutnya.


kalo bas teksi mahal jalan kaki, kalo ayam mahal makan ubi kayu, kalo letrik mahal pasang pelita kalo xpueh ati laie sila pindah dok uganda LOL